Thursday, August 28, 2008

Sealamat Hari Merdeka ke-51

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-51


28 Ogos 2008, Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-51 telah di adakan di SK Wakaf Raja bermula jam 8.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Majlis diteruskan dengan Bacaan Doa dan Bacaan Perutusan Titah Yang Di-Pertuan Agong Oleh Tn. Guru Besar, Perutusan Kementerian Pelajaran Malaysai dan Jabatan Pelajaran Kelantan. Nyanyia lagu patriotik berkumandang dan diiringi dengan laungan Merdeka..Merdeka...Merdeka...

Saturday, August 23, 2008

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan


Bulan puasa bakal menjelma..semua ummat Islam Akan menunaikan kewajipan puasa pada ! september 2008 bersamaan ! Ramadhan 1429H..Selamat menyambut Bulan Ramadhan..Semoga kita mendapat keberkatan dan keampunan dari Allah.

Rehat Minda 2008

Baru-baru ini. Penyelaras UPSR SKWR telah mengadakan satu program rehat minda di Lata Belantan, Besut Terengganu. Program ini bertujuan untuk mencari ketenangan dalam menghadapi Peperiksaan yang bakal tiba pada bulan September nanti.
(sorry gambar tak ada).

Saturday, August 9, 2008

Senamrobik Dan Gotong Royong Perdana 2008





9 Ogos 2008 (sabtu), adalah hari ganti persekolahan untuk Hari raya Aidilfitri pada tahun ini. hari ini digunakan oleh pihak sekolah untuk menjayakan program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua Murid tahun 1 hingga tahun 6. Murid di bahagikan kepada 6 Kawasan mengikut tahun masing-masing. sebelum aktiviti Gotong royong dijalankan murid di panaskan dengan senamaerobik yang dikendalikan oleh Cikgu Norhayati Abu Hassan Assaari selama 1 jam.

Monday, August 4, 2008

Murid Pra: Story Telling

MAJLIS PERPISAHAN DAN SAMBUTAN GURU BARU SKWR 2008



GURU KELUAR

EN. AZHAR B. CHIK SK GAAL
PN.TN. SULAIHA AZMA SK ALOR LINTAH
PN. FATMA ZUHRA SK SETIU
PN. ROSE YANTI SK KAMPUNG RAJA

GURU MASUK

PN. SHABARIAH DARI SK TASEK PAUH
PN. NAZIAH DARI SK BATU JONG
CIK NAJWA DARI SK TG. AMPUAN MARIAM, KT
PN. NORAHA DARI SK CHERANG RUKU
EN. AMJAD DARI SK KUALA BESUT

Sunday, August 3, 2008

Ikrar Sekolah

PERTANDINGAN KELAS TERBERSIH


Pertandingan kebersihan antara kelas terbahagi kepada 2 katagori iaitu: tahap 1 dan tahap 2. Juara tahap 1 di menangi oleh kelas 3 Nilam manakala juara tahap 2 di menangi oleh Tahun 4 zamrud.

kEM BESTARI SOLAT 3


3 - 5 OGOS 2008, KBS 3 telah di laksanakan dengan jayanya melibatkan tahun 1 , 2 dan 3. program ini dibantu oleh guru-guru KAFA dan juga GPI. Kerjasama dalam menjayakan Program ini amatlah dihargai.

Saturday, August 2, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)


2 OGOS, SABTU. satu lagi LDP berlangsung di skwr, LDP pertama baru-baru ini berkaitan dengan pengajaran Sains dan matematik manakala LDP pada hari ini berkaitan dengan pengurusan Kokurikulum. LDP pada hari ini berlangsung denagn lancar di makmal komputer SKWR dan dihadiri oleh semua guru SKWR. Latihan kali ini mendedahkan kepada para guru tentang pengurusan pentadbiran dan pengurusan kokurikulum.Banyak input yang dipelajari untuk meningkatkan kemahiran diri khususnya dalam hal-hal berkaitan pengurusan.