Friday, October 31, 2008

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (UBB 5)

Tanggal 29 Oktober - 2 November 2008, Telah berlangsung Ujian Akhir Tahun di semua sekolah di Negeri Kelantan.Selamat Menghadapi Pepriksaan..

Sunday, October 26, 2008

FAMILY DAY SKWR 2008





Pada 26-27 Oktober 2008, SK Wakaf Raja telah mengadakan Program Family Day selama 2 hari bertempat di Sweet Beach Resort, 10 KM dari bandar pasir Puteh. Program ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim diantara semua warga SKWR bersama dengan Keluarga masing-masing. Kebanyakkan guru dan staff telah check in pada pukul 4 petang. program berlangsung dengan BBQ dan Makan Satey di tepi pantai dan pada keesokkan harinya Program Sukanika berlansung melibatkan semua peringkat Umur dari 1 tahun hingga ke acara dewasa. Majlis Penyampain hadiah telah dilaksanakan selepas aktiviti sukaneka tamat..

Friday, October 24, 2008

GAMBAR SEKITAR PERKHEMAHAN BERUNIFORM 2008






PERKHEMAHAN INTEGRASI UNIT BERUNIFORM SKWR 2008






Perkemahan ini telah diadakan pada 23 Oktober hingga 25 Oktober 2008 di Padang SK Wakaf Raja. Program ini adalah program tahunan sekolah yang semtiasa dilaksanakan oleh Pihak sekolah dibawah kelolaan Unit Kokurikulum. Perkemahan ini melibat 5 Unit Beruniform iaitu Pengakap, PUteri Islam, Tunas Puteri, Bulan Sabit Merah dan Kedet Remaja sekolah yang melibatkan lebih kurang 250 orang pelajar.
Program Perkhemahan ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik iaitu, Kembara, Pertandingan Masakan, Kawat kaki, Persembahan Kebudayaan gaya Bebas dan Juga disi dengan aktiviti kerohanian seperti kuliah Maghrib dan subuh. diharapkan program ini dapat mencapai objektifnya dan dapat menguatkan Fizikal dan Mental Pelajar dalam mengharungi hidup ini...

Sunday, October 19, 2008

PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KANAK-KANAK




9-11 Oktober yang lalu, Seramai 6 orang Pengakap kanak-Kanak SK wakaf Raja telah dihantar untuk menyertai perkhemahan Ujian RAMBU Pengakap Kanak-kanak yang diadakan di Kem Kijang PCB, Kota Bharu Kelantan. Dalam Ujian tersebut seramai 5 orang pengakap SK Wakaf Raja telah berjaya mendapat anugerah RAMBU tersebut yang mana ia adalah peringkat tertinggi bagi pengakap Kanak-kanak di sekolah Rendah. Tahniah kerana mengharumkan nama sekolah...

PUTERI ISLAM: SKWR


Baru-baru ini Pasukan Putri Islam SK Wakaf Raja telah menyertai pertandingan Buku Skrap Peringkat sekolah yang telah diadakan di sekolah ini....

Wednesday, October 15, 2008

Lawatan Integrasi 2008






Rabu, 15 oktober 2008. Satu Lawatan Integrasi antara Murid tahun 6 , 5 dan 4 telah dilaksanakan pada hari ini. program ini bermula pada jam 8 pagi dimana murid yang terlibat berkumpul dimedan perhimpunan. seramai 132 murid terlibat dengan 13 orang guru pengiring yang terlibat. Lawatan Pertama kami ialah ke KelantanFM, dimana kami di beri taklimat oleh Kak Cik ( DJ KelantanFm)selama 30 minit dan seterusnya kami dibawa melihat Konti dan bilik Suntingan, Lebih Kurang satu jam lebih berada di KelantanFm, Kami berangkat ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dimana kami melawat Jabatan Penerbangan Awam. Disini kami di bawa ke pusat kawalan trafik Udara untuk melihat sendiri Kawalan Trafik Udara dilakukan. tepat Pukul 1 tengahhari kami berangkat ke Istana Balai Besar bagi melihat sendiri Balai Besar yang berusia 186 tahun dimana dibina semasa Perintahan Sultan Muhammad ke-2. Kami bersolat Zohor di dalam kawasan istana balai besar dan melawat istana Jahar yang Berdekatan. Jam 4 Petang kami Bertolak Pulang ke sekolah,,,Adios...

Monday, October 13, 2008

KEM BESTARI SOLAT 4 TAHUN 2


KEM BESTARI SOLAT 4






Minggu ini, 12 Oktober - 14 Oktober, KBS 4 telah dilaksanakan untuk Murid tahun 1 hingga 3 bertempat di SK wakaf raja pasir Puteh Kelantan. program ini berlangsung 3 hari selepas waktu persekolah dan terakhir pada tahun ini. KBS kali ini melibatkan lebih kurang seramai 285 murid dan melibatkan 26 orang Fasilitator dari Guru j-QAF, GPI dan Guru KAFA.

Sunday, October 5, 2008

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1429H





Ahad, 5 Oktober 2008, Majlis Sambutan hari raya telah dilaksanakan di SKWR bermula dari jam 8 pagi- 12.45 tlhari. Program ini berjalan dengan lancar dan meriah dengan persembahan daripada murid tahun 1 hingga tahun 6 dan pembahagian Duit raya kepada semua pelajar.