Friday, February 27, 2009

Gotong Royong SKWR

Sabtu, 28 Feb 2009. Majlis gotong royong mengecat bangunan sekolah SKWR berjalan dengan lancar. Gotong royong ini disertai oleh guru-guru SKWR dan Ibu bapa Murid-Murid SKWR...Gambar tak ada...

Sunday, February 8, 2009

Kem PAFA 2009




JUMAAT, 6 FEB 2009, Panitia Agama Islam telah mengadakan Kem pertama pada tahun ini iaitu Kem PAFA. Kem ini melibatkan murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, Kem ini bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan murid dalam perkara-perkara Fardhu Ain dan sebagai persedian mereka untuk menduduki Ujian PAFA itu nanti.

Perlawanan Sepak Takraw Zon 2 Pasir Puteh






Rabu, 4 Feb 2009, Perlawanan sepak Takraw antara zon 2 melibatkan 7 buah sekolah di daerah Pasir Puteh iaitu SK Wakaf raja,Sk Gaal, Sk Sungai Petai, SK Bkit Tanah, SK Tasek, SK Pasir Puteh Lelaki dan SK Bukit Awang telah diadakan disekolah ini.Perlawanan bermula pada jam 2.30 ptg dan berakhir pada jam 6.30 ptg. SK Gaal telah menjadi Johan dalam Perlawanan ini dan akan mewakili zon 2 keperingkat MSSD nanti.

MAJLIS PERLANTIKAN PANITIA


AHAD, 1 FEB 2009, Majlis Perlantikan Panitia bagi Subjek Teras SKWR berjalan dengan lancar, majlis ini disempurnakan oleh Tn.Hj.Kamaruzaman b. Mohamed, Guru Besar SKWR. Guru yang dilantik adalah guru yang berkelayakkan seperti Ust. Jamluddin Panitia Bimbingan Kaunseling, Ust. Laksmi Panitia Kajian Tempatan, Pn. Azira Panitia Muzik, Pn. Zawahir Panitia Agama, En. Nik Helmi Panitia Matematik dan ramai lagi yang terlibat..

MAJLIS PEPISAHAN PK KO


iSNIN, 2 FEB 2009. Satu majlis perpisahan telah diadakan disekolah ini bagi meraikan Hj. Nik Noor Hashim b. Nik Daud Bekas PK Kokurikulum sekolah ini yang telah bertukar kesekolah SK Pangkal Jenerih, Machang. Walaupun masa beliau berada di SKWR amat singkat namun banyak kenangan manis dan memori indah bersama beliau tidak dapat kami lupakan. semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru nanti...