Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

kami warga SKWR ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ibadah Korban kita tahun ini di berkati Allah Taala..

Monday, November 23, 2009

SELAMAT BERCUTI ...

Cuti Panjang telah bermula..Berhati-hati di jalan raya..Jangan main banjir...jumpa tahun hadapan..

Sunday, November 22, 2009

7 pelajar SKWR mendapat 5A





Tahniah diucapkan kepada pelajar SKWR yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2009 iaitu Fatini, Shamira,Hasnierah, Atikah, Fatihah, Fatin Azira dan Farhana. Manakala pelajar yang mendapat 4A seramai 16 orang..

Wednesday, November 18, 2009

Gambar Graduasi Pelajar Pra Sekolah





Untuk tempahan sila hubungi Cg. Rozilah Mat Rani..

Keputusan UPSR 2009

19.11.2009 (Khamis) Keputusan UPSR 2009 akan diumumkan.Debaran Makin terasa...

Kem Kecemerlangan Solat tahun 5 dan 6

Tarikh:18/11/2009 (Rabu)
Tenpat: Dewan SK Wakaf Raja
Anjuran bersama: Pejabar Qadi Pasir Puteh.

Monday, November 16, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN PRA-SEKOLAH DAN PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN 2009












Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan pada 16 November 2009 di Rasmikan oleh E.Rasidi Awang wakil Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh.

Thursday, November 12, 2009

Jamua Akhir Tahun SKWR 09






12 November, Jamuan Akhir Tahun SKWR telah diadakan di kantin melibatkan semua kakitangan sekolah dan semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Lebih 4 ribu pucuk satay ditempah untuk jamuan ini..

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber Sekolah






11 November, Majlis jamuan PSS SKWR telah di adakan dibilik Pusat Sumber pada jam 12.00 tengah hari. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz faizai dan Ucapan oleh Tuan Guru Besar. Sebelum menikmati hidangan, acara pembahagian hadiah dan sijil kepada pengawas-pengawas pusat sumber 2009..

Tuesday, November 10, 2009

Majlis Penutup Kem Literasi Al-Quran







Majlis Penutup Kem Literasi Al-Quran telah menutup tirai pada Jam 3.30 petang hari ini. Perasmian Penutup di Rasmikan oleh Ybrs.Tn.Hj.Nordin b. Yusof (Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Pasir Puteh). Kem ini berjalan dengan jayanya, Semua murid dapat meningkatkan bacaan Iqra' selepas 2 hari menjalani kem intensif ini..

Monday, November 9, 2009

Kem Literasi Al-Quran






Kem Literasi Al-Quran Peringkat PPD Pasir Puteh Zon dua telah diadakan di SK Gaal melibatkan 100 orang peserta dari 6 buah sekolah. Program ini diadakan pada 9 dan 10 November bermula dari Jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 12 peserta dari SK wakaf Raja dihantar untuk menyertai kem tersebut.

Banjir di SK Wakaf Raja





Hujan Lebat beberapa hari menyebabkan banjir Kilat di sini.Antara mangsa banjir kilat ini ialah bilik Pusat Sumber Kelas tahun Lima, Cyber cafe, Kelas 4 zamrud, Makmal Sains, stor sukan dan beberapa stor lain..banjir Kilat ini meninggalkan Lumpur diatas lantai..kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh murid dan pekerja.

Thursday, November 5, 2009

Gempar: Kalimah Allah muncul di SKWR





Kalimah Allah ini berlaku di Belakang bangunan PRA selepas Hujan lebat. Kalimah Allah Jelas kelihatan di situ. Apapun..Allah maha berkuasa di atas sesuatu..

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6 SK Wakaf Raja 2009