Thursday, December 30, 2010

Sesi Persekolahan 2011 bermula 3 Januari (Isnin)

SMS dari JPN ke PPD:

Saya diarah memaklumkan bahawa Hari Ahad 2 Januari 2011 diisytiharkan hari cuti Umum. Oleh itu sesi Persekolahan 2011 bermula pada 3 Januari 2011. Sila Maklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam PPD masing-masing. Walaubagaimana pun sila pastikan ada guru ditugaskan memberitahu ibu bapa dan pelajar di sekolah masing-masing pada pagi Ahad nanti. Terima Kasih. Sk: YBRs Tuan Pengarah JPN Kelantan.

Bolasepak Suzuki AFF 2010 : Kelantan dan Kedah juga umum cuti Ahad 2 Jan
Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kedah juga mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 sebagai hari cuti umum bagi meraikan kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi. Malaysia menang dengan aggregat 4-2.