Monday, May 26, 2008
Saturday, May 24, 2008
CUTI SEKOLAH
Cuti penggal ke dua bermula 23 Mei 2008 hingga 8 Jun 2008. Program Cuti sekolah pada kali ini ialah Lawatan Ke Kuala Lumpur bermuala 24- 26 Mei 2008 yang dikendalikan oleh Cikgu Yusof dan rakan guru yang lain.
SELAMAT HARI GURU 2008
KHAMIS ( 22 MEI 2008), SKWR sekali lagi meyambut Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari ini dengan penuh meriah dengan tema " Guru Cemerlang, Negara Terbilang". . Acara sambutan Hari Guru pada kali ini dimulai dengan ucapan perutusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh E. Abd. Aziz b. Hj. Hassan (PK Pentadbiran) seterusnya ucapan perutusan Ketua Pengarah KPM yang disampaikan oleh Hj. Kamaruzaman b. Mohamed (Guru Besar). seterusnya disusuli oleh ucapan ketua murid dan nyayian lagu negaraku, selamat sultan, lagu sekolah, lagu Guru Malaysia dan lagu tema " guru cemerlang negara terbilang". Acara penyampaian hadiah oleh murid kepada guru memeriahkan suasana.
Acara padang berbentuk sukaneka diadakan untuk mengisi sambutan pada kali ini. antaranya, bola jaring, hoki, bowling padang dan bola baling. pasukan PK Ko telah menjuarai sukaneka ini dengan mendapat 22 markah.
Sambuatan hari guru diakhir dengan penyampaian hadiah oleh guru besar kepada pasukan guru yang mengambil bahagian dalam semua acara.
Wednesday, May 14, 2008
Acara Pembarisan Sukan tahunan 2008
Tuesday, May 13, 2008
SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA 2008
SKWR, 13 mei dan 14 mei telah dipilih untuk melaksanakan sukan tahunan Sekolah pada tahun ini. Sukan dan sukaneka ini melibatkan semua murid tahap 1 dan tahap 2. acara yang dipertandingkan adalah acara olahraga 4x 100 meter, 200 meter, 80 meter , lompat jauh, lontar peluru dan banyak lagi. manakala acara sukaneka yang dilaksanakan seperti, berlari berundur, berlari membawa bola, hantu cina dan bermacam-macam lagi.
acara guru dan ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan hari sukan dan sukaneka Sek. Keb. wakaf raja pada kali ini..
semua murid yang terlibat telah mendapat hadiah masing-masing.
Sunday, May 11, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)