Saya diarah memaklumkan bahawa Hari Ahad 2 Januari 2011 diisytiharkan hari cuti Umum. Oleh itu sesi Persekolahan 2011 bermula pada 3 Januari 2011. Sila Maklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam PPD masing-masing. Walaubagaimana pun sila pastikan ada guru ditugaskan memberitahu ibu bapa dan pelajar di sekolah masing-masing pada pagi Ahad nanti. Terima Kasih. Sk: YBRs Tuan Pengarah JPN Kelantan.
Thursday, December 30, 2010
Sesi Persekolahan 2011 bermula 3 Januari (Isnin)
Saya diarah memaklumkan bahawa Hari Ahad 2 Januari 2011 diisytiharkan hari cuti Umum. Oleh itu sesi Persekolahan 2011 bermula pada 3 Januari 2011. Sila Maklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam PPD masing-masing. Walaubagaimana pun sila pastikan ada guru ditugaskan memberitahu ibu bapa dan pelajar di sekolah masing-masing pada pagi Ahad nanti. Terima Kasih. Sk: YBRs Tuan Pengarah JPN Kelantan.
Sunday, November 14, 2010
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011
Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber: http://skpemanis1.com
Tuesday, November 9, 2010
Trip to Medan, Indonesia
Final Exam 2010
pada 1,2 dan 8 November 2010
3 November: Cuti Peristiwa sekolah
4 November: Cuti Peristiwa Negeri
8 November: Cuti Peristiwa Sekolah
Saturday, October 30, 2010
Peperiksaan Akhir Tahun ditunda
Kelantan Cuti Peristiwa 31.10.10
Pengumuman dibuat di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas Kelantan berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-1.
Sunday, October 24, 2010
Lawatan sambil Belajar: Cameron Highland
Cikgu Mazlina, Cikgu Nuraha dan Ustazah Shahida bersama pelajar.
Rombongan Lawatan sambil Belajar
Shopping kat Big Red Strawbery Farm
Mendaki ke Strawbery farm
Cactus Valley
Tarikh: 21 dan 22 Oktober
Penginapan: Dahlia Villa, Berincang.
Check In: 4.30 pm 21/10
Check Out: 9.00 am 22/10
For more pictures, Please visit our Facebook at Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja
For More Pictures: please visit our Facebook