Wednesday, April 23, 2008

Pn. Wan Zamani bt. Wan Ismail


Seorang lagi warga SKWR yang lebih mesra dipanggil Kak Nie ( Kerani Am Rendah) di sekolah ini telah mendapat notis bertukar ke sekolah Menengah Tok Bachok, Bachok Kelantan. Beliau akan meninggalkan sekolah ini dipenghujung bulan ini (April 2008) dan akan memulakan tugasnya di sekolah baru mulai awal Mei nanti. Apapun selamat bertugas kepada Kak Nie walaupun dimana kamu berada.Jjangan lupakan kami disini. salah dan silap harap dimaafkan....

Sunday, April 20, 2008

WELCOME TO SKWR: TO OUR NEW PK KO


20 April 2008: Majlis meraikan Kehadiran Guru Pk Kokurikulum baru dari SK Pangkal Merelet Machang ke SKWR pada hari ini di sambut dengan meriah sekali. Macam sambut Menteri...
En. Nik Nor Hashim akan memulakan tugasnya sebagai PK KO di sekolah ini pada 21 April secara rasminya. Diharapkan dengan kedatangan Guru PK Ko ini akan memeriahkan sekolah ini dan memantapkan lagi kokurikulum sekolah ini. Insya'Allah..

MAJLIS PERPISAHAN PK HEM SKWR



20 April 2008: Jasamu Tetap Dikenang...Pn Sabariah Bt. Husin atau lebih mesra dengan panggilan 'Bonda' ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKWR telah ditugaskan ke Sekolah Kebangsaan Sri Aman Pasir Puteh sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau teleh bertugas di SKWR sejak 1 Febuari 2002 hinggalah 20 April 2008. Selama 6 tahun berkhidmat di SKWR beliau begitu komited dan bertanggungjawab di atas Pembinaan Modal Insan. Walaupun berat untuk melepaskan pemergiannya, numun akur dengan tuntutan Jabatan Pelajaran. Walauapapun, jasa dan kenangan beliau disekolah ini tidak akan dilupakan...Bonda...we Love you...

Saturday, April 19, 2008

Majlis Penyampaian Hadiah


PK Kokurikulum menyapoaikan Hadiah kepada Peserta MTQ yang diadakan baru-baru ini.

KEM KECEMERLANGAN UPSR 08



Kem Kecemerlangan UPSR telah berlangsung dengan jayanya pada 10, 11 dan 12 April yang lalu. Program ini adalah bertujuan untuk persediaan murid untuk menghadapi Peperiksaan UPSR tak lama lagi. Penceramah Luar telah dijemput untuk mejayakan Kem ini. Segala kerjasama oleh pihak guru diucapkan jutaan terima kasih.

KEM BESTARI SOLAT 08





Pada 28 Mac yang lalu, j-QAF SKWR telah mengadakan Program Kem Bestari Solat siri 1 Bagi Tahun 1,2 dan 3 yang melibatkan 280 orang murid. Program ini berlangsung seharian di Sekolah ini dan di bantu oleh guru-guru Pendidikan Islam dan KAFA sebagai fasilitator. KBS siri 2 akan dilaksanakan tak lama lagi..insya'Allah...

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1429H




Majlis Sambutan MaulidurRasul adalah Program tahunan yang disambut oleh warga sekolah ini. Pada hari ini, Majlis ini berlangsung dengan meriah sekali kerana disertakan dengan perarakan besar-besaran oleh semua murid dan guru. Disambung dengan pertandingan Banner yang cantik dan kretif, serta Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ust. Ismail Jahya dari PPD Kota Bharu.

MTQ: Majlis Tadarus Al-Quran


MTQ adalah program tahunan sekolah ini adalah dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam telah di laksanakan pada 5 Mac 2008 iaitu hari rabu. Acara yang dipertandingkan seperti Hafazan, Tilawah dan Bercerita telah disertai oleh pelajar tahap 2 sekolah ini untuk mencungkil bakat terpendam mereka. seramai 54 orang palajar telah mengambil bahagian. Murid yang berpotensi akan dipilih untuk pertandingan peringkat Zon nanti.

PENTADBIR SKWR


dari kiri: Pn. Hjh Sabariah(PK HEM), En. Abd. Aziz( PK PEN), Pn. Norasyikin(PK KO), En. Kamarulzaman( GB)

j-QAF SKWR 2008


Kelas Tasmik SKWR berjalan pada setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa.