Sunday, March 29, 2009

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN DISIPLIN 2009



29 Mac 2009, Majlis Penutupan Bulan disiplin 2009 telah dirasmikan oleh EN. Rosidi B. Ramli(Penolong Pegawai Ppelajaran Sains Sosial PPD Pasir Puteh) . Majlis ini berlangsung di medan perhimpunan tepat jam 7.45 pagi. Majlis dipengerusikan oleh En.Nik Mohd Helmi b. Nik Abdul Rahim. Walaupun Bulan Disiplin telah berakhir, tidak bermakna pelajar boleh melanggar Disiplin terutamanya disekolah. Bulan disiplin ini adalah sebagai Latihan kepada semua pelajar agar mereka akan lebih berdisiplin pada setiap masa.

Thursday, March 26, 2009

Kelab Pencegahan Jenayah SKWR




Latar Belakang KPJ SK Wakaf Raja

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ
1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.
3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.

Moto KPJ
“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

Objektif KPJ
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.
5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ
Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid
2. Peningkatan Disiplin Murid
3. Perpaduan Murid
4. Patriotisme
5. Jatidiri
Jawatankuasa KPJ
Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh:
1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM.
2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri
3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah

Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah

Penaung:
Tn.Hj. Kamaruzaman b. Mohamed
Guru Besar SK Wakaf Raja

Penasihat:
Pn. Norashikin bt. Ibrahim
(Penolong Kanan HEM)
Sarjan Mejar En.Mokhtar B. Adam
Pegawai Perhubungan Sekolah

Guru Penasihat:
En. Mohamad Suhaimi b. Mamat
Pn. Maznah bt. Puteh Yaacob

AJK Kelab:
-Pengerusi
Pn.Norashikin bt. Ibrahim

-Setiausaha
Nik Shihabuldin b. Mohamed
-Penolong Setiausaha
Shahida bt. Mohd Fadhil

-Bendahari
Pn.Laksmi bt.Kamruddin

-Ahli Jawatankuasa
En. Jusoh b. Mamat
En. Hashim b. Omar
Ustaz. Che Jamaluddin b. Che Lah
Pn.Yusnita bt. Che Soh
Pn. Mazni bt Musa


-Pemeriksa Kira-kira
Pn.Norhalida Amilee bt. Zainal Abidin

Keahlian:
Terbuka kepada semua murid di SKWR

Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah

1. Ceramah dan Dialog:
-Pencegahan Jenayah oleh pegawai perhubungan polis
-Penyalahgunaan dadah dan hukumannya

2. Kursus, Bengkel dan Seminar:
-Membentuk keterampilan diri
-Pembentukan sahsiah murid

3. Lawatan Sambil Belajar:
-Penjara
-Sekolah Henry Gurney

4. Kempen:
-Antijenayah
-Antimerokok
-Antidadah

5. Perkhemahan:
-Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi
-Perkhemahan Jati Diri

6. Pertandingan:
-Sketsa jenayah murid-murid sekolah
-Mencipta logo dan slogan antijenayah

7. Penerbitan:
-Menerbitkan buletin KPJ
-Mengedarkan berita-berita pencegahan jenayah

8. Program-program Khas:
-Karnival KPJ
-Program bersama PDRM (cth: Rakan Cop)
-Program Jati Diri

Penolong Kanan Kokurikulum Baru


Selamat Datang diucapkan kepada YM. Raja Abdul Razak b. Raja Ahmad ke SK Wakaf Raja sebagai Penolong Kanan Kokurikulum setelah hampir 3 bulan kerusi PK Ko kosong. Beliau telah melaporkan diri di sekolah ini pada 22 Mac 2009 setelah 17 tahun berkhidmat di PKG Cherang Ruku. Semoga dengan kehadiran beliau di SK Wakaf Raja akan menyerikan aktiviti kokurikulum di sekolah ini.

Thursday, March 12, 2009

Mesyuarat agung PIBG kali ke -30 dan Penyampaian hadiah Kecemerlangan Akedemik 2008









12 Mac 2009, Mesyuarat agung PIBG kali ke -30 dan Penyampaian hadiah Kecemerlangan Akedemik 2008 telah diadakan serentak dengan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah hari ini, Mesyuarat ini bermula jam 11.00 Pagi. Majlis ini di rasmikan oleh En. Zawawi b. Othman selaku Pengarah Pembangunan Parlimen pasir Puteh merangkap Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh. Pihak Pibg juga menyumbangkan seekor lembu untuk di buat kenduri bagi semua pelajar, guru dan ibu bapa..

Gambar sekitar sambutan Maulud 1430H


Sambutan Maulidur Rasul 1430H






12 Mac 2009, Sambutan Maulidur Rasul 1430H telah diadakan di sekolah ini bagi memperingati Rasulullah Tercinta. Majlis ini berlangsung pada 8.00 pagi dimana semua murid dan guru berhimpun di medan perhimpunan. semua murid dan sebahagian guru Berarak ke laluan yang dikhaskan sejauh 2 KM sambil memegang Sepanduk dan melaungkan selawat.
Kembali Ke sekolah, murid mendebgar Ceramah maulud yang disampaikan oleh Ustazah Shabariah. pada jam 10.30 pagi, semua murid mengikuti aktiviti pertandingan mewarna mengikut tahap masing-masing. Program berjalan lancar menguikut apa yang telah di rencanakan.

Wednesday, March 11, 2009

AADK




Ceramah dan Pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Jajahan Pasir Puteh











11 Mac 2009, Satu Ceramah dan Pameran AADK telah berlangsung di Dewan SKWR bagi mendedahkan murid kepada bahaya penyalahgunaan dadah dan kesan/ akibat daripada penyalahgunaan dadah. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi, Ceramah disampaikan oleh Pegawai AADK Jajahan Pasir Puteh lebih kurang 2 Jam dan seterusnya murid di bawa untuk melihat Pameran yang di adakan di Bilik Muzik..

Gambar sekitar MTQ 2009


Tuesday, March 10, 2009

MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2009


10 Mac 2009 (Selasa), Majlis Tadaru Al-Quran (MTQ) peringkat sekolah telah diadakan disekolah ini. Program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam Bacaan, hafazan dan Bercerita kisah-kisah nabi. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Tilawah, Hafazan dan Bercerita. Program ini bermula pada jam 8.15 pagi dimulai dengan Pertandingan Tilawah diikuti dengan persembahan selingan Nasyid dari murid tahun 5 Zamrud Acara berehat sebentar dan di sambung semula dengan acara hafazan dan bercerita. Peserta mewakili badan beruniform iaitu Pengakap, Tunas Puteri, Puteri islam, Bulan sabit Merah dan Tunas Kedet Remaja sekolah.

Monday, March 9, 2009

KBS 1 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2009



Pada 8, 9 dan 10 Mac telah berlangsung KBS kali pertama pada tahun ini melibatkan murid tahun 1, 2, 3 dan 4 iaitu seramai 365 orang. Bagi murid tahun 2, 3dan 4, kem ini sudah biasa bagi mereka, tetapi bagi murid tahun 1 ini adalah kali pertama mereka terlibat dalam program sekolah. walaupun baru tapi semangat yang mereka tunjukkan sungguh tinggi. Insya'Allah, perkara yang baik akan di berkati oleh allah, semoga murid-murid akan dapt menunaikan solat dengan sempurna dan ikhlas kerana Allah Taala..

Thursday, March 5, 2009

Coming soon Event On March 09

KBS 1
tahun 1,2,3 dan 4 (8-10 Mac 2009)

MTQ Peringkat Sekolah
10 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
12 Mac 2009 Jam: 8.00 pagi

Mesyuarat Agung PIBG
12 Mac 2009 Jam: 10.00 Pagi

Tuesday, March 3, 2009

Video Minggu Disiplin

MINGGU DISIPLIN



2Mac (Isnin) Majlis Perasmian dan perlantikan pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber, Pengaws Kokurikulum, Pengawas SPBT, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah telah di rasmikan oleh Sarjan Mejar En.Mokhtar B. Adam (Ketua Balai Polis Bukit Yong. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan nyayian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah. Seterusnya Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar dan ucapan Perasmian. Bacaan Ikrar oleh ketua pengawas dan disusuli dengan penganugerahan watikah perlantikan oleh En. Mokhtar. Majlis tidak dapt berlansung lebih lama kerana cuaca tidak mengizinkan. Pameran pencegahan jenayah diuruskan oleh pegawai polis bukit yong bertempat di bilik Muzik berjalan dengan lancar..

video Latihan kebakaran

Latihan Kebakaran di SKWR


Pada hari Khamis yang lepas, 26 Febuari, Telah berlaku satu latihan kebakaran di sekolah ini. latihan ini melibatkan semua pelajar di SKWR dan juga guru. Latihan ini mendedahkan kepada pelajar untk menyelamatkan diri sekioranya berlaku kebakaran di sekolah. Latihan ini berjalan dengan lancar semua guru memberi kerjasama dalam menjayakan latihan ini.