Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat buat hati-hati yang beriman... :)

Salam Ramadhan buat sahabat2 semua...

Alhamdulillah, diberikan lagi nikmat oleh Allah untuk menyambut kedatangan kekasih yang dinanti, Ramadhan Al Mubarak. Bulan penyucian hati dan iman...

Kedatangan Ramadhan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan penting bagi org2 mukmin. Ramadhan amat dinanti kerana apabila menjelangnya Ramadhan, Rasulullah saw pernah bersabda;

"Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan, bulan yang berkat.
Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa,
dibukakan pintu2 syurga dan ditutup rapat pintu-pintu neraka
dan ditambat para syaitan.
Pada bulan ini terdapat satu malam terbaik daripada seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya,
maka sesungguhnya dia rugi..."
(Riwayat Ahmad dan An-Nasai)


Marilah kita sama-sama berdoa di awal bulan yang mulia ini, untuk mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah, supaya hati kita terus istiqamah untuk melakukan ibadah hanya keranaNya. InsyaAllah.


Bismillahirahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Ertinya;
"Ya Allah,
telah tiba bulan Ramadhan
dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini.
Dan Engkau telah menurunkan Al-Quran
sebagai petunjuk manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran.
Ya Allah,
bantulah kami untuk mengerjakan ibadah puasa.
Terimalah puasa bagi kami kemudahan
dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Wahai Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani."


Semoga puasa kita semua diterima oleh Allah. Dan semoga puasa kita dapat menuntun kita menjadi hamba yang bertakwa. Kerana Allah swt telah berjanji kepada sesiapa yang benar2 berpuasa dengan sebenar-benar puasa, pasti akan mencapai darjat takwa.

FirmanNya;
"Wahai org2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas org2 yang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Solat Hajat menolak Bala










20 Ogos, (Khamis)Majlis solat hajat telah diadakan di medan Perhimpunan SK Wakaf Raja bagi memohon Perlindungan daripada Allah Taala dari wabak H1N1 yang sedang menular di negara kita pada Hari ini. Majlis solat Hajat ini di sertai oleh murid tahun 4 hingga 6, guru-guru dan ibu bapa..semoga wabak ini akan berakhir secepat mungkin..

Tuesday, August 18, 2009

SKWR Bakal mendapat bangunan baru



Projek mendirikan bangunan baru SKWR telah diluluskan dan telah bermula operasinya dalam bulan ini. Bagunan yang akan menempatkan beberapa kelas, pejabat, pustaka , bilik pemulihan, bilik j-qaf dan bilik kemahiran hidup di jangka siap pada akhir 2010..

Majlis Agihan KWAPM Kali ke 2 Tahun 2009






18 Ogos 2009 (Selasa), Majlis Agihan KWAPM kali ke-2 telah diadakan pada jam 2.00 petang di Rasmikan Oleh En. Rosidi (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Puteh) menggantikan YBrs.Dato'Che Min b. Che Ahmad yang tidak dapat menghadiri Majlis tersebut.

Monday, August 17, 2009

Saturday, August 1, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN





1 Ogos,Buat julung kalinya Sekolah-sekolah Zon 2 PPD Pasir Puteh telah mengadakan LDP bersama yang melibatkan 7 buah sekolah iaitu SK Wakaf Raja,SK Pasir puteh (L), SK Gaal, SK Sungai Petai, SK Bukit Tanah, SK Bukit Awang dan SK Program ini diadakan di Dewan Sri Tok Nik, SK Sri Aman Pasir Puteh. LDP kali ini telah di sampaikan oleh Tn.Hj.Abdul Hadi b. Mohammad, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan,Institut Perguan Guru Malaysia, Sultan Mizan Besut Terengganu.

PERKHEMAHAN INTEGRASI UNIT BERUNIFORM SKWR: RIADHAH

PERKHEMAHAN INTEGRASI UNIT BERUNIFORM SKWR: PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN