Wednesday, July 15, 2009

Latihan Pembarisan Pra perkhemahan 2009











Unit Kokurikulum SKWR hari ini telah mengadakan Latihan Pembarisan sempena persediaan untuk Perkhemahan Unit beruniform. Latihan ini melibatkan semua Badan beruniform SKWR seperti Pengakap,Puteri Islam, Tunas Puteri, Kedet remaja sekolah dan Bulan Sabit Merah. Latihan ini berjalan selama 30 Minit di medan Perhimpunan.

Tuesday, July 14, 2009

Selamat Datang PK Kokurikulum Baru



5 Julai yang lalu SKWR sekali lagi mendapat PK Kokurikulum yang baru bagi menggantikan Tn.Hj. Raja Razak b. Raja Ahmad yang sekarang menjawat jawatan PK Hal Ehwal Murid (HEM). Beliau ialah Tn.Hj. Mat Yudin yang sebelum ini adalah PK Kokurikulum dari SK Chiku Gua Musang. Selamat Datang diucapkan kepada PK Kokurikulum baru dan selamat menjalankan tugas...

Lagi Pesta Buah di Kelas 3 Nilam


Jamuan Buah-Buahan Tempatan di Kelas 3 Nilam

Banyaknya Buah yang di bawa oleh pelajar 3 Nilam ni..

Saturday, July 11, 2009

Pesta Buah-Buahan 2009





Musim Buah sudah tiba, Sekali lagi SK wakaf Raja mengadakan jamuan Buah-buahan seperti Durian, manggis, Rambutan, Salak dan lai-lain. Gambar tersebut menunjukkan satu jamuan yang dianjurkan oleh kelas Tahun 5 yang diadakan di bilik Kemahiran Hidup dibawah pengawasan Cikgu Elias.

Friday, July 3, 2009

SELAMAT TINGGAL PK HEM











Tanggal 2 Julai 2009, Pn. Norahikin bt Ibrahim PK Hal Ehwal Murid (HEM)SK Wakaf Raja terpaksa meninggalkan warga SKWR kerana di naikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran di SK Panggong Pasir Puteh. Beliau telah berkhidmat di Sk Wakaf Raja pada tahun 2007 sebagai PK Kokurikulum dan pada tahun 2008 telah dinaikkan pangkat sebagai PK HEM. Walaupun baru 3 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini,jasa dan bakti beliau begitu tinggi dan bernilai...belaiu seoarang pentadbir yang understanding dan berdedikasi...semoga beliau menjadi Pentadbir yang baik di sekolah baru nanti..

Kem Bestari Solat 2













Baru-baru ini, Unit j-QAF K Wakaf Raja telah menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS) kali kedua iaitu pada 20 dan 21 Jun melibatkan Pelajar tahun 1,2,3 dan 4. KBS kali ini melibatkan 20 Fasilitator untuk Setiap Kem Berikut adalah rakaman peristiwa bagi setiap kem..