Wednesday, July 30, 2008

Majlis Agihan KWAPM 2008



29 Julai, Majlis Agihan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) bagi Tahu 1 Telah dilaksanakan dengan lancar di Dewan SKWR baru-baru ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Mustafha b. Tuan Mat (Penyelaras UMNO DUN Gaal) Majlis bermula pada jam 2.45 ptg dan Berakhir pada jam 4.15 ptg.

Sunday, July 27, 2008

Anugerah Kecemerlangan Pra Percubaan UPSR


Hari ini, sessi penyampain hadiah kepada murid yang telah mendapat 5A dan 4A dalam pra percubaan UPSR soalan dari Negeri Terengganu. Walaupun Peratusan lulus menurun sedikit daripada keputusan pra percubaan UPSR Negeri Perlis. Namun semangat untuk berjaya tidak luntur. Insya'Allah Keputusan yang cemerlang akan dicapai Tahun ini.

Thursday, July 24, 2008

Sunday, July 20, 2008

Calon 5 A UPSR 2008



Hari ini, 20 Julai 2008: Majlis Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang yang telah mendapat 5A, 4A 1B dan 3A 2B bagi peperiksaan Percubaan UPSR Soalan dari Negeri Perlis baru-baru ini. Peperiksaan ini adalah sebagai persediaan untuk menempuh peperiksaan sebenar pada September nanti.

Tuesday, July 15, 2008

MAJLIS TEMU MESRA IBU BAPA PENJAGA DAN GURU TAHUN 6 2008


Hari ini 15 Julai 2008, jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Sekolah SKWR berlangsung satu program Temu Mesra diantara guru Tahun 6 SKWR dan ibu bapa / penjaga murid tahun 6 telah dibelangsung secara penuh meriah dengan kehadiran ramai ibu bapa/penjaga untuk memberi semangat dan harapan untuk anak-anak mereka dalam menempuhi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Program ini di sempurnakan oleh YDP PIBG dan Guru Besar SKWR. Selain itu ,Program ini dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan ibu bapa dan bersama-sama memantau dan mendorong kejayaan anak-anak mereka.

Wednesday, July 9, 2008

PERAJA 08




Baru-baru ini telah selesai Perkhemahan Agong Pengakap Jajahan Pasir Puteh- Machang yang diadakan di Jeram Pasu, Pasir Puteh. Bermula 30 Jun hingga 3 Julai 2008. Penyertaan Tahun ini tidak menggalakkan kerana banyak sekolah yang tidak menghantar pasukan mereka. Walaupun demikian, perjalanan PERAJA tidak terbantut. Ia tetap diadakan dengan jayanya. Bagi peringkat Sekolah Rendah, SK Bukit Abal telah menjadi johan keseluruhan, SK Pasir Puteh (P) Naib Johan dan tempat ketiga jatuh kepada SK Kamil 2. SK wakaf Raja hanya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Nasyid.