Wednesday, November 19, 2008

SELAMAT BERCUTI: JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN

Cuti ahhir tahun telah bermula pada 13 November 2008. Sekolah akan dibuka semula pada 4 Januari 2009.Selamat Bercuti kepada semua warga SKWR...Jumpa lagi tahun Hadapan..

Thursday, November 13, 2008

8 Pelajar SKWR mendapat 5 A UPSR 2008


Khamis, 13 November 2008.Keputusan UPSR telah diumumkan hari ini telah melahirkan 8 orang Pelajar SKWR mendapat 5A. Antaranya pasangan kembar iaitu Siti Nabilah dan Siti Nadhirah anak kepada Ustazah Mek Jah Guru Pendidikan Islam di sekolah ini. Tahniah kepada Semua Calon yang mendapat 5A dan calon yang lulus dalam UPSR dan teruskan perjuangan anda..

Monday, November 10, 2008

JAMUAN AKHIR TAHUN :PELAJAR TAHUN 6




Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2008,seperti kebiasaan, Kebanyakkan Kelas akan mengadakan Majlis jamuan Akhir Tahun, ini adalah gambar sekitar Jamuan akhir tahun bagi pelajar Tahun 6. Jamuan ini bertujuan meraikan pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah ini untuk melanjutkan pelajaran disekolah menengah.

UPSR results out Thursday, NOV 13

PUTRAJAYA: Pupils will be able to obtain their Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) examination results 0n Thursday.

Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said pupils would be able to collect their results at their respective schools after 10am.

“This does not mean that the decision on whether to continue with the policy of teaching Science and Mathematics in English will be announced after the release of the UPSR results,” he told reporters Friday after the ministry’s post-Cabinet meeting.

Hishammuddin said the UPSR results would have to be analysed first before it was brought back to the stakeholders at the four roundtables for further discussion.

The issue would then be brought to the Cabinet for a decision on whether the policy would remain in English or revert to Bahasa Malaysia, he said.

A total of 518,616 pupils sat for the examination this year and were the first group to have started studying the two subjects in English, when the policy was introduced in 2003.

The policy of teaching Science and Mathematics in English was implemented in phases, starting with Year One, Form One and Lower Six in 2003.

He had said last week that an announcement on the issue would depend on how long it took to analyse the differing views.

Hishammuddin had said that whatever was decided, the ministry would not start in January next year as it was too soon.

He said any decision would not affect those already in the system and that it would start with a new group of Year One pupils.

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG KEM BESTARI SOLAT


9 November, Seramai 15 ornag murid telah dipilih untuk anugerah pelajar cemerlang Kem Bestari Solat tahun 2008. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh En. Abd. Aziz selaku Penolong Kanan Pentadbiran.

ANUGERAH PENGAWAS CEMERLANG 2008



PENOLONG KANAN KOKURIKULUM KE MEKAH


7 November 2008, Nik Noor Hashim b. Nik Daud telah berangkat ke tanah suci mekah untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5. Semoga Beliau mendapat Haji Mabrur...

Thursday, November 6, 2008

KEM JATI DIRI: kEM pUTERA ,CHENGAL, KETEREH





6-8 November, Telah berlangsung Satu Kem Jati diri membangunkan Modal Insan anjuran jabatan Negeri Kelantan. Program Ini dilaksanakan di Kem Putra, Kampung Chengal ,Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Program selama 3 Hari ini disertai oleh 15 sekolah di seluruh kelantan yang melibatkan 150 orang Pelajar.

MESYUARAT AGUNG KHAS PIBG 2008


Khamis, 6 November 2008, Selepas Majlis Taklimat Keselamatan Negara, Satu lagi Majlis telah berlangsung iaitu Mesyuarat Agung Khas PIBG. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan Yuran Persekolahan tahun 2009. Majlis Dimulakan dengan Ucapan dari YDP PIBG YM. Tengku Andul Aziz b. Deraman. Ucapan diteruskan pula oleh Tuan Guru Besar bagi menjelaskan pekej Yuran yang dicadangkan untuk tahun hadapan. Majlis Bersurai dengan Sesi soal Jawab. Ibu Bapa dijemput untuk menjamu selera dengan Gulai kawah di Dewan Bawah Sekolah.

MAJLIS TAKLIMAT KESELAMATAN NEGARA



Khamis, 6 November 2008, Disamping Kenduri, Majlis Taklimat keselamatn negara juga telah berlangsung disekolah ini pada jam 10.00 pagi. Majlis bermula dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Faizai dan Alua-aluan oleh Guru Besar Sk Wakaf Raja. Taklimat Pertama di sampaikan oleh ASP Derek Lau daripada Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh dan taklimat Kedua disampaikan oleh Tn.Hj.Mohamand Rosle Bin Mamat (Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kelantan).

GULAI KAWAH DI SK WAKAF RAJA




Khamis, 6 November 2008. PIBG SK Wakaf Raja telah menyembelih seekor Lembu untuk di jamu kepada seluruh Warga SK Wakaf Raja. Majlis ini bermula seawal pagi dimulakan dengan aktiviti memotong Daging Lembu dan Memasak secara gotong Royong diantara Ibu bapa dan guru. Disamping merapatka Hubungan akrab diantara ibu bapa dan guru ia juga memupuk semangat bekerja sama dan saling tolong menolong dalam setiap perkara. Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana Maufakat...

Saturday, November 1, 2008