Monday, March 29, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran 2010














29 Mac (Isnin).MTQ peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini dengan jayanya. MTQ kali ini melibatkan Pertandingan antara rumah sukan dimana setiap rumah sukan mestilah menyertai 5 acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah, Hafazan, Bercerita, Nasyid dan Azan. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada setiap pemenang..Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Terima kasih kepada Guru-guru, Guru Kafa, Abe Zul, dan semua yang terlibat bagi menjayakan Program ini.
Untuk Lebih banyak lagi gambar sila sertai Facebook Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja..

Wednesday, March 17, 2010

Kem Kecemerlangan UPSR 2010

Berlangsung pada musim cuti sekolah mulai 14-18 Mac 2010 di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja

Thursday, March 11, 2010

Acara Merentas Desa 2010


















































11 Mac 2010 (Khamis) Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pagi ini walaupun dalam cuaca Mendung dan Hujan sekejap-sekejap. Semua murid terlibat dalam acara ini yang bermula jam 8.00 pagi dengan taklimat dan warming up. Murid Pra membuka tirai membuat larian 300m dan seterusnya diikuti dengan tahun 1 hinggalah tahun 6. Acara pada hari ini telah di menangi oleh Rumah Kuning dengan catatan mata sebanyak 215 markah. Majlis berakhir selepas penyampaian hadiah oleh Penolong-penolong Kanan dan juga Guru Besar.