Thursday, December 30, 2010

Sesi Persekolahan 2011 bermula 3 Januari (Isnin)

SMS dari JPN ke PPD:

Saya diarah memaklumkan bahawa Hari Ahad 2 Januari 2011 diisytiharkan hari cuti Umum. Oleh itu sesi Persekolahan 2011 bermula pada 3 Januari 2011. Sila Maklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam PPD masing-masing. Walaubagaimana pun sila pastikan ada guru ditugaskan memberitahu ibu bapa dan pelajar di sekolah masing-masing pada pagi Ahad nanti. Terima Kasih. Sk: YBRs Tuan Pengarah JPN Kelantan.

Bolasepak Suzuki AFF 2010 : Kelantan dan Kedah juga umum cuti Ahad 2 Jan
Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kedah juga mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 sebagai hari cuti umum bagi meraikan kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi. Malaysia menang dengan aggregat 4-2.

Sunday, November 14, 2010

Majlis Konvokesyen Pra sekolah 2010











Pelajar Cemerlang UPSR 2010


Slip peperiksaan UPSR

Cikgu Raja Razak mengumumkan pelajar-pelajar yang mendapat 5A

Pelajar Tahun 6

Pelajar yang mendapat 4A 1B

Pelajar yang Mendapat 5A

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.

Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.

Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.

Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.

Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.

sumber: http://skpemanis1.com

Tuesday, November 9, 2010

Trip to Medan, Indonesia





















Pada 3-6 November 2010, SKWR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Medan Indonesia selama 4 hari 3 malam. Tempat-tempat yang dilawati ialah Danau Toba di Parapat, Berastagi dan Bandar Medan. Tempat penginapan semasa di Danau Toba ialah Siantar Hotel dan di Bandar Medan, Hotel Madani.

Final Exam 2010

Semoga Berjaya dalam Peperiksaan Akhir Tahun
pada 1,2 dan 8 November 2010

3 November: Cuti Peristiwa sekolah
4 November: Cuti Peristiwa Negeri
8 November: Cuti Peristiwa Sekolah

Saturday, October 30, 2010

Peperiksaan Akhir Tahun ditunda

Peperiksaan Akhir Tahun berubah tarikh daripada 31/10/10 kepada 1/11/10 kerana Cuti Umum yang di ishtiharkan selepas Kelantan Berjaya menewaskan Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia Malam tadi..

Kelantan Cuti Peristiwa 31.10.10

Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.

Pengumuman dibuat di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas Kelantan berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Sunday, October 24, 2010

Coming soon: Trip To Medan Indonesia

Tarikh: 3-6 November 2010

Lawatan sambil Belajar: Cameron Highland


Ladang Teh Mini

Guru Besar bersama Cikgu Razali

Singgah sebentar di Raju's Hill

Shopping kat Keat Market

Cikgu Nik Helmi ..ala-ala koboi..

Cikgu Mazlina, Cikgu Nuraha dan Ustazah Shahida bersama pelajar.

Rombongan Lawatan sambil Belajar

Shopping kat Big Red Strawbery Farm

Mendaki ke Strawbery farm

Cactus Valley

Tarikh: 21 dan 22 Oktober
Penginapan: Dahlia Villa, Berincang.
Check In: 4.30 pm 21/10
Check Out: 9.00 am 22/10
For more pictures, Please visit our Facebook at Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja
For More Pictures: please visit our Facebook

Friday, October 15, 2010

Trip to Cameroon Highland..Coming Soon

Kem Bestari Solat 4






10,11,12 dan 17 Oktober , Kem Bestari Solat kali ke-4 telah dilaksanakan pada sebelah petang. Murid Tahun 1 hingga Tahun 5 terlibat secara langsung dalam Program ini.