Wednesday, April 29, 2009

Selamat Menduduki UBB 2





Selamat Berjaya
27-29 April 2009

Tuesday, April 21, 2009

Coming soon event

Games Festival
On 12th & 13th May 2009
At SKWR's Field
Organized By: Cocuriculum Unit

Sunday, April 19, 2009

Naib Johan Pertandingan Bercerita


Adik Norsyamimi bt Harun telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Bercerita Bahasa Melayu pada 16 April yang lalu yang diadakan di SK Bukit Tanah Pasir Puteh dibawah kelolaan Zon Pendidikan Dua PPD Pasir Puteh.

Murid Contoh KPJ

Saturday, April 18, 2009

KURSUS PENGINTEGRASIAN ICT DALAM PNP






Sabtu, 18 April 2009 Satu Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) kali pertama telah diadakan di makmal Komputer. Antara Pengisian LDP ini ialah Berkaitan dengan EduWeb TV, Adobe Page maker dan Adobe Photoshop.

Tuesday, April 14, 2009

KEMAHIRAN HIDUP SKWR






Guru Kemahiran Hidup SKWR: En. Alias b. Wahab

Pusat Sumber Sekolah SKWR 2009







Objektif PSS



* Menguruskan maklumat

* Mencapai Kecemerlangan Pendidikan

* Menggalakkan semua warga SKWR menggunakan

segala kemudahan yang disediakan

* Memupuk tabiat pelajar

* Menjadikan PSS sebagai pusat untuk menghasil, mengumpul dan

menggunakan pelbagai peralatan

* Menyediakan perkhidmatan dan memberi pandangan dalam P&P

*Melatih dan membimbing pelajar dan guru

dalam menggunakan kemahiran mendapat dan menggunakan maklumat

PROGRAM KESIHATAN: PEMERIKSAAN GIGI



Bermula 13 April 2009, SKWR telah dilawati oleh Pegawai Kesihatan Gigi. Program ini bertujuan memastikan gigi pelajar sekolah sentiasa sihat dan bersih. Bilik Muzik telah digunakan untuk tujuan tersebut. Semua pelajar terlibat dalam pemeriksaan gigi ini yang akan diadakan selama sebulan lebih.

Sunday, April 12, 2009

Kempen Buku ditangan

Baru baru ini Pusat sumber Sekolah telah mengadakan Kempen buku ditangan. Kempen ini melibatkan semua murid tahun 3,4,5 dan 6. murid-murid mesti meminjam buku seberapa banyak di pusat sumber dan membaca buku tersebut dan mencatatkan didalam buku Nilam. kempen ini berlangsung pada 5 April yang lalu hingga 12 Aprl 2009. Objektif Kempen ini adalah untuk melatih pelajar suka membaca. "Membaca Jambatan Ilmu"

Wednesday, April 1, 2009

Demonstrasi Memadam Kebakaran










1 April 2009, Sekolah SK Wakaf Raja telah dilawati oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh untuk membuat satu demonstrasi Memadam kebakaran. Demonstrasi ini bermula pada Jam 9.00 pagi dimana, loceng kecemasan dibunyikan dan semua murid berkumpul di medan perhimpunan. lebih kurang lima minit kemudian pasukan bomba dan penyelamat datang. Aktiviti pertama yang ditunjukkan oleh pihak bomba ialah memadam kebakaran dibangunan sekolah, dan menyelamat mangsa kebakaran. seterusnya penerangan tentang cara-cara menyelamat dan memadam kebakaran menggunakan alat memadam kebakaran. murid-murid dibenarkan melihat kereta bomba secara lebih dekat lagi..Demonstarsi ini berakhir pada jam 10.20 pagi..