Saturday, August 28, 2010

TAHNIAH ! 16 PELAJAR SKWR MENDAPAT 5A

16 Pelajar SKWR Mendapat “5A” Dalam Percubaan UPSR 2010

  1. AHMAD NIZAR BIN LUKMAN
  2. AHMAD ZAMIR BIN SULAIMAN
  3. MUHAMAD HAFFIZUL HAQIM BIN MAZLAN
  4. MUHAMMAD ADAM BIN MAT JUSOH
  5. MUHAMMAD AMIR AUFA BIN MOHD ABDILLIH
  6. MUHAMMAD KHAIRUSY SYAKIRIN BIN SALIHI
  7. MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN ANUAR
  8. MUHAMMAD SHARIL AZWA BIN ZAI
  9. NIK MOHAMAD AFHAMUDDIN BIN SAKERI
  10. IZYAN LIYANA BINTI ZALANI
  11. NIK NUR DIINI BINTI ZAMRI
  12. NUR AIN FARHANA BINTI ABDUL RAZAK
  13. NURIFFA NAJIHA BINTI GHAZALI
  14. NURUL NAJIHA BINTI SHAHIFUDIN
  15. SITI BAZILAH BINTI MOHD DZAHIR
  16. SITI NOOR LAILI BINTI AB WAHID

Wednesday, August 18, 2010

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan

Dalam menjalani Ibadah Puasa, Tidak lupa juga kita berada di Bulan Kemerdekaan Negara yang ke-53. Tema Kemerdekaan tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi..
Selamat Menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos 2010 nanti..

Tuesday, August 17, 2010

PERCUBAAN UPSR 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR tahun 6
dan UBB 4 bagi Pelajar Tahun 1-5
pada 16-18 Ogos 2010

SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN AL-KAREEM


KELEBIHAN SAHUR & TAMAR

“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;

· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

· Menambah kekuatan untuk beribadat;

· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

· Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.
Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Selamat bersahur dan wassalam.


Majlis Keraian Guru Bertukar dan Guru Baru SKWR 2010


Ustaz Ismadi dan cikgu Salahuddin

Sebahagian Guru-guru SKWR yang meraikan Guru-guru

mantan PK Pentadbiran- Cikgu Aziz

Meja Makan VIP

En.masri Bersama PK HEM

Yang Dirai Pn.Rohaya Bersama Cikgu Yusnita

Cikgu Nik Menyambut Cikgu Jusoh dan Cikgu Suhaimi Yunus

Yang Dirai En.Masri ( Masih Bujang)

PK KO menyapa Cikgu Suhaimi Yunus

Cikgu Hashim Operator PA System sedang berbincang sesuatu dengan PK Ko SK Sungai Embak