Bangunan di Blok hadapan terpaksa di robohkan untuk dijadikan tempat parking kereta guru bermula sessi persekolahan 2010. Bangunan baru sedang giat dibina dan dijangka siap pada akhir 2010.
kami warga SKWR ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat. Semoga Ibadah Korban kita tahun ini di berkati Allah Taala..
Tahniah diucapkan kepada pelajar SKWR yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2009 iaitu Fatini, Shamira,Hasnierah, Atikah, Fatihah, Fatin Azira dan Farhana. Manakala pelajar yang mendapat 4A seramai 16 orang..
12 November, Jamuan Akhir Tahun SKWR telah diadakan di kantin melibatkan semua kakitangan sekolah dan semua murid tahun 1 hingga tahun 6. Lebih 4 ribu pucuk satay ditempah untuk jamuan ini..
11 November, Majlis jamuan PSS SKWR telah di adakan dibilik Pusat Sumber pada jam 12.00 tengah hari. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz faizai dan Ucapan oleh Tuan Guru Besar. Sebelum menikmati hidangan, acara pembahagian hadiah dan sijil kepada pengawas-pengawas pusat sumber 2009..
Majlis Penutup Kem Literasi Al-Quran telah menutup tirai pada Jam 3.30 petang hari ini. Perasmian Penutup di Rasmikan oleh Ybrs.Tn.Hj.Nordin b. Yusof (Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Pasir Puteh). Kem ini berjalan dengan jayanya, Semua murid dapat meningkatkan bacaan Iqra' selepas 2 hari menjalani kem intensif ini..
Kem Literasi Al-Quran Peringkat PPD Pasir Puteh Zon dua telah diadakan di SK Gaal melibatkan 100 orang peserta dari 6 buah sekolah. Program ini diadakan pada 9 dan 10 November bermula dari Jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 12 peserta dari SK wakaf Raja dihantar untuk menyertai kem tersebut.
Hujan Lebat beberapa hari menyebabkan banjir Kilat di sini.Antara mangsa banjir kilat ini ialah bilik Pusat Sumber Kelas tahun Lima, Cyber cafe, Kelas 4 zamrud, Makmal Sains, stor sukan dan beberapa stor lain..banjir Kilat ini meninggalkan Lumpur diatas lantai..kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh murid dan pekerja.
Kalimah Allah ini berlaku di Belakang bangunan PRA selepas Hujan lebat. Kalimah Allah Jelas kelihatan di situ. Apapun..Allah maha berkuasa di atas sesuatu..