Saturday, May 24, 2008

SELAMAT HARI GURU 2008





KHAMIS ( 22 MEI 2008), SKWR sekali lagi meyambut Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari ini dengan penuh meriah dengan tema " Guru Cemerlang, Negara Terbilang". . Acara sambutan Hari Guru pada kali ini dimulai dengan ucapan perutusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh E. Abd. Aziz b. Hj. Hassan (PK Pentadbiran) seterusnya ucapan perutusan Ketua Pengarah KPM yang disampaikan oleh Hj. Kamaruzaman b. Mohamed (Guru Besar). seterusnya disusuli oleh ucapan ketua murid dan nyayian lagu negaraku, selamat sultan, lagu sekolah, lagu Guru Malaysia dan lagu tema " guru cemerlang negara terbilang". Acara penyampaian hadiah oleh murid kepada guru memeriahkan suasana.
Acara padang berbentuk sukaneka diadakan untuk mengisi sambutan pada kali ini. antaranya, bola jaring, hoki, bowling padang dan bola baling. pasukan PK Ko telah menjuarai sukaneka ini dengan mendapat 22 markah.
Sambuatan hari guru diakhir dengan penyampaian hadiah oleh guru besar kepada pasukan guru yang mengambil bahagian dalam semua acara.

No comments: