Wednesday, October 15, 2008

Lawatan Integrasi 2008






Rabu, 15 oktober 2008. Satu Lawatan Integrasi antara Murid tahun 6 , 5 dan 4 telah dilaksanakan pada hari ini. program ini bermula pada jam 8 pagi dimana murid yang terlibat berkumpul dimedan perhimpunan. seramai 132 murid terlibat dengan 13 orang guru pengiring yang terlibat. Lawatan Pertama kami ialah ke KelantanFM, dimana kami di beri taklimat oleh Kak Cik ( DJ KelantanFm)selama 30 minit dan seterusnya kami dibawa melihat Konti dan bilik Suntingan, Lebih Kurang satu jam lebih berada di KelantanFm, Kami berangkat ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dimana kami melawat Jabatan Penerbangan Awam. Disini kami di bawa ke pusat kawalan trafik Udara untuk melihat sendiri Kawalan Trafik Udara dilakukan. tepat Pukul 1 tengahhari kami berangkat ke Istana Balai Besar bagi melihat sendiri Balai Besar yang berusia 186 tahun dimana dibina semasa Perintahan Sultan Muhammad ke-2. Kami bersolat Zohor di dalam kawasan istana balai besar dan melawat istana Jahar yang Berdekatan. Jam 4 Petang kami Bertolak Pulang ke sekolah,,,Adios...

No comments: