Wednesday, April 1, 2009

Demonstrasi Memadam Kebakaran










1 April 2009, Sekolah SK Wakaf Raja telah dilawati oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh untuk membuat satu demonstrasi Memadam kebakaran. Demonstrasi ini bermula pada Jam 9.00 pagi dimana, loceng kecemasan dibunyikan dan semua murid berkumpul di medan perhimpunan. lebih kurang lima minit kemudian pasukan bomba dan penyelamat datang. Aktiviti pertama yang ditunjukkan oleh pihak bomba ialah memadam kebakaran dibangunan sekolah, dan menyelamat mangsa kebakaran. seterusnya penerangan tentang cara-cara menyelamat dan memadam kebakaran menggunakan alat memadam kebakaran. murid-murid dibenarkan melihat kereta bomba secara lebih dekat lagi..Demonstarsi ini berakhir pada jam 10.20 pagi..

No comments: