Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat buat hati-hati yang beriman... :)

Salam Ramadhan buat sahabat2 semua...

Alhamdulillah, diberikan lagi nikmat oleh Allah untuk menyambut kedatangan kekasih yang dinanti, Ramadhan Al Mubarak. Bulan penyucian hati dan iman...

Kedatangan Ramadhan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan penting bagi org2 mukmin. Ramadhan amat dinanti kerana apabila menjelangnya Ramadhan, Rasulullah saw pernah bersabda;

"Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan, bulan yang berkat.
Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa,
dibukakan pintu2 syurga dan ditutup rapat pintu-pintu neraka
dan ditambat para syaitan.
Pada bulan ini terdapat satu malam terbaik daripada seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya,
maka sesungguhnya dia rugi..."
(Riwayat Ahmad dan An-Nasai)


Marilah kita sama-sama berdoa di awal bulan yang mulia ini, untuk mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah, supaya hati kita terus istiqamah untuk melakukan ibadah hanya keranaNya. InsyaAllah.


Bismillahirahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Ertinya;
"Ya Allah,
telah tiba bulan Ramadhan
dan telah Engkau tetapkan ke atas kami berpuasa selama bulan ini.
Dan Engkau telah menurunkan Al-Quran
sebagai petunjuk manusia dan sebagai penerangan bagi petunjuk dan kebenaran.
Ya Allah,
bantulah kami untuk mengerjakan ibadah puasa.
Terimalah puasa bagi kami kemudahan
dan berilah kesihatan yang Engkau berikan kepada kami.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Wahai Yang Pemurah lagi Maha Mengasihani."


Semoga puasa kita semua diterima oleh Allah. Dan semoga puasa kita dapat menuntun kita menjadi hamba yang bertakwa. Kerana Allah swt telah berjanji kepada sesiapa yang benar2 berpuasa dengan sebenar-benar puasa, pasti akan mencapai darjat takwa.

FirmanNya;
"Wahai org2 yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas org2 yang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah: 183)

No comments: