Sunday, September 13, 2009

Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan ke-52








13 September, Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 52 telah diadakan di SKWR pada hari ini walaupun dalam bulan Puasa. walaupun agak lewat tetapi acara ini diteruskan juga kerana ia dianggap penting dalam membentuk jati diri seorang pelajar supaya lebih patriotik dan bersatu padu. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu sekolah. Seterusnya Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, Ucapan Perutusan Kemerdekaan Menteri Pelajaran Malaysia oleh PK Pentadbiran, dan Perutusan Kemerdekaan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh PK HEM. Majlis diteruskan dengan Taklimat berkenaan program sepanjang sambutan Kemerdekaan oleh Pk Kokurikulum dan penyampaian Hadiah Kuiz Mesra Merdeka. Majlis berakhir dengan Nyayian Lagu-lagu Patriotik.

No comments: