Saturday, January 23, 2010

4 Guru SKWR bertukar





Baru-baru ini 2 orang Guru SKWR telah mendapat Memo bertukar daripada jabatan ke sekolah baru iaitu Cikgu Suhaimi Yunus dan Cikgu Zamiha Zahari. Cikgu Suhaimi telah ditukarkan ke SK Kg.Nara manakala Cikgu Zamiha ke SK Kg. Tasek. Sebelum ini 2 Orang Guru SKWR juga telah bertukar iaitu Cikgu Rohaya Ibrahim ke SK Tawang Bachok dan Cikgu Maznah bt Puteh Yaacob ke sebuah sekolah di Negeri Sabah kerana mengikut Suami. Kehilangan 4 orng guru ini amat dirasai kerana mereka banyak menyumbangkan ilmu dan tenaga dalam mendidik warga SKWR dalam tempoh yang cukup lama kecuali Cg.Maznah. Cg.Suhaimi adalah Guru Bestari dan bertanggungjawab dalam Jadual Waktu guru. Kehilangan guru-guru ini adalah satu kehilangan yang amat besar buat warga SKWR. Namun tugas tetap diteruskan..Selamat berkhidmat di sekolah baru...dari kami warga Pendidik...

4 comments:

Unknown said...

Pertukaran kekawan adalah satu kehilangan besar buat kami di SKWR kerana anda semua adalah antara yang teristimewa di sini..Apakan daya, teruskan perjuangan walau di mana kita berada..Harap persahabatan terus berkekalan.

Unknown said...

Thankz daun keladi kak Maznah, cantik sungguh mutiara sabah dan pasu kola kangsor..

Unknown said...

bersedialah dengan jemputan BAKEG nanti, jangan tak datang plak..

MAZNAH PUTEH YAACOB said...

Salam. Kepada semua warga SKWR...
Meskipun persinggahan di skwr hanya secangkir waktu, namun terbina sebuah kemesraan dalam ikatan persahabatan.

Walaupun Laut China Selatan memisahkan kita, kalian tetap dalam ingatan.

Terima kasih bah...