Saturday, April 24, 2010

Lawatan Ke Terengganu


























24 April, Seramai 95 orang Pelajar SKWR dan 10 orang guru pengiring bertolah dari SKWR tepat jam 8.15 pagi menuju ke Kuala Terengganu. Jam 10.25 pagi rombongan kami sampai ke Muzium Negeri. Disini pelajar dibawa melawat Muzium selama 1 jam setengah dan kembali berkumpul di Bas. seterusnya rombongan kami menuju ke Taman Tamadun Islam. Kami bersarapan Tengah hari disana serta bersolat Jamak Qosar di Masjid Kristal. Tepat jam 2 petang kami dibawa ke Dataran Syahbandar untuk bersantai..disini beberepa orang guru mengambil peluang untuk membeli belah di Pasar Payang. Jam 3.30 petang kami menuju ke Airport Kuala Terengganu. Malangnya Bas tidak dibenarkan masuk kerana ada penyelenggaraan sedang dilakukan. Kami dibawa bersiar2 mengelilingi air port sambil menikmati pemandangan Pantai yang cukup indah. Jam 4.00 Petang kami bertolak pulang dan sampai tepat jam 6.00 petang di sekolah.

No comments: