Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah Tahun 2010 berlangsung meriah walaupun disambut dalam kesederhanaan. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Kantin sekolah dengan bacaan doa oleh Ustaz Jamaluddin dan Nyanyian Negaraku , Selamat Sultan dan Lagu sekolah. semua guru berdiri untuk menyayikan lagu Guru Malaysia dan Lagu tema Hari Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Program di isi dengan Ucapan wakil Murid, wakil Guru, Ucapan Guru besar dan Perutusan KPPM oleh Cikgu Asri Daud. Acara di teruskan lagi dengan persembahan oleh guru lelaki dan Perempuan. Murid dan Guru di jamu dengan ice cream kon setiap seorang..Selepas rehat majlis diteruskan dengan Pertandingan Mewarna Poster Hari guru tahap 1 dan 2 dan sekali lagi murid berkumpul untuk persembahan daripada Murid. Majlis berlangsung dengan meriah sehingga jam 1.15 petang..
15 Mei, satu gotong-royong Perdana telah diadakan di SKWR yang melibatkan guru-guru bersama PIBG. Operasi Gotong royong kali ini ialah membersihkan kawasan kebun di tepi Sekolah untuk dijadikan tempat perkhemahan tidak lama lagi. Operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Baru-baru ini, Sekali lagi SKWR dikejutkan dengan berita pertukaran , Kini melibatkan PK Pentadbiran iaitu Cikgu Abdul Aziz b. Hj.Hassan. Beliau telah ditukarkan ke SK gong Garu dalam Daerah Pasir Puteh sebagai PK Pentadbiran. Belaiu berkhidmat di SK Wakaf Raja pada 2005-2010. Banyak jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau dalam meningkatkan kecemerlangan anak bangsa di SK Wakaf Raja..