Sunday, May 16, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 Meriah dalam kesederhanaan..

























Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah Tahun 2010 berlangsung meriah walaupun disambut dalam kesederhanaan. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi bertempat di Kantin sekolah dengan bacaan doa oleh Ustaz Jamaluddin dan Nyanyian Negaraku , Selamat Sultan dan Lagu sekolah. semua guru berdiri untuk menyayikan lagu Guru Malaysia dan Lagu tema Hari Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Program di isi dengan Ucapan wakil Murid, wakil Guru, Ucapan Guru besar dan Perutusan KPPM oleh Cikgu Asri Daud. Acara di teruskan lagi dengan persembahan oleh guru lelaki dan Perempuan. Murid dan Guru di jamu dengan ice cream kon setiap seorang..Selepas rehat majlis diteruskan dengan Pertandingan Mewarna Poster Hari guru tahap 1 dan 2 dan sekali lagi murid berkumpul untuk persembahan daripada Murid. Majlis berlangsung dengan meriah sehingga jam 1.15 petang..

No comments: